Saya sayang awak.. Awak sayang saya tak? Saya rindu dengan awak...Awak rindu saya tak? Saya selalu memikirkan awak, selalu bermimpi tentang awak... semuanya awak..
Antara awak dan saya, ada banyak perbezaan. Awak seorang yang pendiam, seperti antisosial manakala saya pula, seorang yang suka bercakap dan suka bersosial yang baik. Agama awak lain dari agama saya. Awak mempunyai sedikit pantang larang manakala saya mempunyai banyak pantang.
Tetapi, yang amat menyedihkan ialah cinta kita tiga segi. Awak mempunyai seorang kekasih dan itu membuatkan saya menjadi orang yang ketiga. Semua berkata bahawa awak tidak menyukai saya. Saya diam membatu kerana ia kenyataan. Memang kenyataan itu menyakitkan. Kenyataannya bahawa si dia lebih dari kawan.
Ada seorang rakan saya berkata kepada saya supaya tidak berputus asa dan cuba untuk menarik perhatian awak. Saya mahu awak merasakan kehadiran saya.
No comments:
Post a Comment